a. Jika anda rasa anda akan sihat sehingga anda tua
b. Jika anda mempunyai wang yang banyak dan rasa tidak menghadapi masalah untuk membayar puluhan ribu kos hospital.
c. Anda kurang mampu untuk menghadapi komitmen bulanan kerana bimbang budget shopping/spa anda terjejas.
d. Anda penjawat awam yang merasakan GL anda mampu untuk melayakkan anda mendapat rawatan yang pantas tanpa perlu menunggu giliran.
e. Anda seorang doktor yang melayakkan anda mendapat rawatan percuma di hospital tempat anda bekerja sahaja bukan di semua hospital swasta.
f. Anda berkahwin dengan seorang doktor dan merasakan suami/isteri anda boleh ubati anda.
g. Anda tak kisah jika suami anda meninggal dunia tanpa meninggalkan harta kecuali hutang kereta yang akan ditanggung oleh anda.
h. Jika anda tak kisah anak-anak anda terabai jika anda tidak berpeluang hidup lama.
i. Jika anda rasa kehilangan sebelah kaki tidak menjejaskan mata pencarian anda.
j. Jika anda rasakan insuran ini menipu.
JIKA ANDA MEMANG KURANG BERKEMAMPUAN TETAPI BERMINAT,SILA HUBUNGI SAYA. SAYA SEDIA BANTU.
Sabtu, 26 Mac 2011
Kenapa perlu ada insuran?

Sebab utama saya ambil insuran ialah kerana saya ingin melindungi diri dan keluarga saya. Bila tengok muka si kecil, saya selalu berdoa dalam hati, 'Ya Allah, selamatkanlah anak aku jika aku tidak berpeluang hidup lama di dunia ini'. Saya jadi takut kalau saya tiada nanti siapa yang akan memikul beban menjaga keluarga saya. Dengan duit simpanan saya, saya rasa jika ditakdirkan saya tiada, saya rasa ianya tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan seisi rumah. Ya saya tahu wang bukan segalanya tapi jika dalam keadaan terhimpit, tiba-tiba datang sekeping cek bernilai RM100,000, takkan ianya tak mampu buat anda tersenyum semula kan?
Dengan insuran, keperluan kesihatan saya terjamin. Mungkin masa sihat kira tak berkira sangat soal kesihatan, tapi percayalah kos perubatan sekarang memang boleh buat orang pening kepala. Contoh macam kos untuk merawat barah. Kos untuk kimotheraphy sahaja dah mencecah puluhan ribu untuk satu sesi, kalau tiga sessi? Di masa terdesak macam tu mana nak cari puluhan ribu? Pinjam adik-beradik? Saudara? Kalau ada simpanan mungkin kita boleh keluarkan. Kalau takde? Ke hospital kerajaan sahaja lah jawapannya.Saya bukan nak memperkecilkan hospital kerajaan tapi bolehkah kita dapat rawatan on-the-spot? Kene beratur dulu. Ikut turn. Kalau sempat...Kalau tidak,serah sahaja pada Allah SWT.
Jadi kalau ada yang percuma, kenapa perlu bayar? Dengan kad perubatan Prudential, semua beres.
klik gambar untuk paparan lebih jelas
Langgan:
Catatan (Atom)