Sabtu, 26 Mac 2011

Kenapa perlu ada insuran?

Kenapa? Persoalan macam ini lah yang selalu ditimbulkan oleh semua orang. Macam saya juga, dulu pernah terfikir kenapa saya perlu ada insuran? Selalunya bila ditanya begini, saya akan tanya balik. Kenapa kita kene kunci rumah bila keluar? Hah, sama kan jawapannya. Untuk MELINDUNGI. Saya ulang, MELINDUNGI.

Sebab utama saya ambil insuran ialah kerana saya ingin melindungi diri dan keluarga saya. Bila tengok muka si kecil, saya selalu berdoa dalam hati, 'Ya Allah, selamatkanlah anak aku jika aku tidak berpeluang hidup lama di dunia ini'. Saya jadi takut kalau saya tiada nanti siapa yang akan memikul beban menjaga keluarga saya. Dengan duit simpanan saya, saya rasa jika ditakdirkan saya tiada, saya rasa ianya tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan seisi rumah. Ya saya tahu wang bukan segalanya tapi jika dalam keadaan terhimpit, tiba-tiba datang sekeping cek bernilai RM100,000, takkan ianya tak mampu buat anda tersenyum semula kan?

Dengan insuran, keperluan kesihatan saya terjamin. Mungkin masa sihat kira tak berkira sangat soal kesihatan, tapi percayalah kos perubatan sekarang memang boleh buat orang pening kepala. Contoh macam kos untuk merawat barah. Kos untuk kimotheraphy sahaja dah mencecah puluhan ribu untuk satu sesi, kalau tiga sessi? Di masa terdesak macam tu mana nak cari puluhan ribu? Pinjam adik-beradik? Saudara? Kalau ada simpanan mungkin kita boleh keluarkan. Kalau takde? Ke hospital kerajaan sahaja lah jawapannya.Saya bukan nak memperkecilkan hospital kerajaan tapi bolehkah kita dapat rawatan on-the-spot? Kene beratur dulu. Ikut turn. Kalau sempat...Kalau tidak,serah sahaja pada Allah SWT.

Jadi kalau ada yang percuma, kenapa perlu bayar? Dengan kad perubatan Prudential, semua beres.

klik gambar untuk paparan lebih jelas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan